Tip Kasih Sayang Menurut Islam



Daripada Anas b. Malik, daripada Nabi S.A.W telah bersabda: 
“Seseorang kamu tidak beriman masih tidak sempurna Iman sehingga Allah dan Rasul-NYA lebih disayanginya dicintainya daripada apa yang selain kedua-dua Allah dan Rasul-NYA…)”
Rasa cinta pasti hadir dalam diri manusia.  Rasa cinta menjadi isyarat mengeratkan hubungan dalam kehidupan sama ada dengan Allah, Rasul dan kalanga manusia.
Rasulullah memberi pesanan dan panduan kepada umatnya yang bercinta. Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik RA, pelayan baginda Rasulullah SAW berkata:
“Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri.  (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hargailah rasa cinta hadiah daripada illahi. Islam juga memberikan tip kasih sayang yang dapat diamalkan umatnya dalam melahirkan rasa cinta:

01.Cintai Allah dan Rasulullah melebihi makhluk

02.Cintailah makluk dengan penuh persediaan dan matlamat

03.Perasaan cinta perlu selari dengan kehendak Islam dan tidak melanggar batas agama

04.Jauhi cinta ke arah maksiat

05.Sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan orang lain
06.Hadiri majlis ilmu

07.Berikan hadiah yang bermanfaat

08.Binalah Cinta yang hebat sudah pasti bahagia dunia dan akhirat

http://www.2dayblogger.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...