Menara tertinggi di dunia mula dibuka



TOKYO: Menara tertinggi di dunia dan mercu tanda terbesar Jepun, Tokyo Skytree, dibuka kepada umum, semalam.

Hampir 8,000 pelawat dijangka menggunakan lif laju untuk tiba ke dek peninjau terletak di menara setinggi 634 meter itu bagi menandakan pembukaannya.

Sesetengah pelawat dilaporkan berbaris lebih seminggu untuk mendapatkan tiket ke situ walaupun cuaca Tokyo berawan semalam.
Skytree diiktiraf menara tertinggi mengatasi Menara Canton di China (600 meter).

Binaan tertinggi di dunia ketika ini ialah Burj Khalifa di Dubai (828 meter).

Skytree bertindak sebagai menara pemancar bagi televisyen dan radio, selain menjadi tarikan pelancong. - AP

2 ulasan:

  1. salam..cmne nk buat cam kamu box (berita bola) ngan (carta liga bola sepak) mcm kt atas?cth klo klik kt box (berita bola)t dia akan bukak page berita bola yg kita buat?sy ade buat box cm di atas kt kelabsteadfastkisdar.blogspot.com
    tapi xtau nak buat link supaya klo kiter klik kt box tu t dia akan bukak page yg kiter link kn..tlg yer..syukran

    BalasPadam
    Balasan
    1. blogger ade buatkan benda tu.. just guna templet dia je..
      pastu g kat pages.. ade lah kat situ.. afwan..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...