Stok pulih Mac



PENGELUARAN stok syarikat peneraju produk kamera digital lensa tunggal (DSLR) Nikon di negara ini dijangka kembali normal sepenuhnya Mac nanti apabila operasi kilang pengeluaran di Bangkok, Thailand beransur pulih daripada banjir teruk melanda negara itu.

Pengurus Besar Jabatan Pemasaran Produk Penggunanya, David Ng Choon Yiak berkata, beliau menerima rungutan pengeluaran stok kamera DSLR yang terjejas sejak kebelakangan ini, tapi berjanji masalah terbabit selesai dalam masa terdekat.

“Ia akan selesai secepat mungkin jadi pengguna tidak perlu risau untuk stok tahun 2012,” katanya ketika pelancaran serentak seluruh dunia model DSLR terbaru Nikon, D4 yang bakal ke pasaran Februari ini.

Majlis pelancaran dihadiri Pengurus Besar Khidmat Profesional, Jabatan Pemasaran Produk Pengguna Nikon, Mahfooz NR.

Bencana melanda Thailand itu menenggelamkan kawasan industri di wilayah Ayutthaya serta menangguhkan pengeluaran di kilang Nikon Corp dan 930 kilang lain.

Model D4 menggunakan pemprosesan Expeed 3, empat kali lebih laju memproses gambar berbanding sebelum ini dengan kelengkapan dua slot kad memori XQD dan CF selain resolusi hingga 16.2 megapiksel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...