Leica lancar V-Lux 3



PENGELUAR kamera dan optik Jerman, Leica melancarkan kamera digital versatil semua dalam satu untuk pegun dan video kreatif, Leica V-Lux 3.

Pengarah urusan Leica Camera Asia Pasific Pte Ltd, Sunil Kaul berkata, produk baru itu boleh dibeli di pasaran dengan harga RM3,300.

“Sumbangan jualan Malaysia ke Asia Tenggara dijangka meningkat 25 peratus daripada 15 peratus pada masa ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Sunil, Leica akan terus menyaksikan pertumbuhan positif berikutan prestasi jualan yang lebih baik tahun lalu.

Mengenai prospek, Kaul berkata Leica akan sentiasa mempunyai pasaran di Malaysia kerana mereka tidak bersaing dengan pengeluar kamera yang lain.

“Kami tidaklah besar berbanding dengan mereka, tetapi amat berbeza, dan kami tidak mempunyai sebarang produk secara terus bersaing dengan mereka,” kata beliau.

Model V-Lux 3 menggunakan alat pengesan CMOS 12.1 megapixel dengan ciri-ciri 25-600mm (berkaitan format 35mm) f/2.8-5.2 lensa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...