Lumix GX1 tingkat penguasaan Panasonic



PANASONIC Malaysia menyasar menguasai 40 peratus pasaran segmen teknologi kamera tanpa cermin tahun depan berbanding 27 peratus sekarang disumbangkan oleh rangkaian produk siri Lumix G yang dilancarkan semalam.

Pengarah Urusannya, Jeff W L Lee berkata, segmen kamera kini menyumbang enam peratus kepada jumlah keseluruhan produk Panasonic dan menjangkakan ia meningkat kepada 10 peratus lagi dalam tempoh dua tahun.

“Sistem kamera tanpa cermin berbilang lensa Lumix G terbaru adalah strategi kami untuk mengukuhkan kedudukan dalam segmen ini.

“Kepelbagaian model Siri G adalah untuk memenuhi permintaan bagi kamera bersaiz kecil bergaya yang sesuai dengan fungsi dan kualiti foto DSLR,” katanya pada majlis pelancarannya di Petaling Jaya, semalam.

Antara model lain ialah Lumix DMC GX1, model skrin sesentuh DMC-FH7, Lumix DMC-FZ150, kamera kompak 3D, Lumix DMC-3D1 serta kamera video HDC Z10000 yang kini berada di pasaran.

Jeff berkata, Lumix GX1 didatangkan dengan warna hitam dan perak dan dijual pada harga RM3,099.

“Model GX1, kamera digital yang fleksibel dan berkebolehan dengan kelajuan pantas AF dan kualiti imej yang cemerlang. Ditambah pula dengan pancaran binaan dalam dan kemudahan di atas badan kamera membolehkan aksesori seperti pemidang telek luar (external view finder),” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...