Kurma dan Ramadhan


 
Buah yang paling laris di bulan ramadhan. Mengapa kurma hanya dicari pada bulan ramadhan sahaja, sedangkan khasiatnya amatlah banyak. Kurma memiliki nilai tinggi dalam dunia perubatan tradisional, kurma kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin A, C dan biasin.
Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis tumbuhan palma seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula didalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga.
Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksik didalam badan dan tidak memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga adalah setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
Antara khasiat-khasiat kurma:-

    Menguatkan daya ingatan.
    Mencegah penyakit barah.
    Menambah tenaga seksual.
    Mengatasi masalah insomnia.
    Melancarkan peredaran darah.
    Membunuh kuman dalam badan.
    Meredakan tekanan darah tinggi.
    Membantu mencergaskan minda.
    Merawat penyakit buah pinggang.
    Merangsang dan memudahkan kehamilan.
    Merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit.
    Menghilangkan batuk dan gatal-gatal dalam kerongkong.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
(Di riwayatkan oleh Aisyah)
Bahkan ibu-ibu mengandung sangat digalakkan untuk memakan buah kurma berdasarkan kisah Maryam:

وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّ
Dan goyanglah pangkal pohon kurma  itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu
(Surah Maryam 19: Ayat 25)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...