Percutian ke Fayyuom.....


Ain Silin - Terletak tidak jauh dari Tasik Qarun. Merupakan kawasan yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi di sebabkan kewujudan mata air di kawasan ini. Ia adalah sebuah tanaman yang dipenuhi dengan pohon-pohon yang hijau dan sesuai untuk beriadah dan beristirehat.




Wadi El-Rayyan - keluasan wadi ini adalah 1759 persegi. Terletak kira-kira 65 km barat daya daripada Bandar Fayyuom dan 80 km dari barat sg Nil . Wadi ini mempunyai dua tasik , satu bhgian atas dan satu lagi di bhgian bawah dengan air terjun berada di antara kedua-dua tasik tersebut. Tempat ini di anggap sebagai air terjun terbesar di Mesir.



Tasik Qarun : Sebuah tasik air masin. Ia adalah sumber ikan bagi kawasan tempatan. Tasik semulajadi yang tertua di dunia dan ketiga terbesar di Mesir. sumber utama air tasik dari saliran pertanian dan air sisa domestik. Tasik Qarun dalam bahasa Arab di panggil Qarun Berka. Tasik Quran telah di isytiharkan sebagai kawasan terlindung pada tahun 1989.



kinncir nabi Yusuf A.s - Kincir ini dibina atas tafsiran Nabi Yusuf A.s pada mimpi raja yang memerintah pada zaman ketika itu kerana ingin merancakkan sektor pertanian sebelum mereka melanda kemarau yang teruk. Kincir ini di baik pulih setiap tahun dan dianggarkan sudah berumur melangkaui 4000 tahun.

2 ulasan:

  1. tengok gambar je boleh, nak pergi tak tersampai

    BalasPadam
  2. huhu,,,
    lepas nie ade lagi jaulah,,,
    nnt org masukkan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...