Nikmat serta Muhasabah Bulan Rejab dan Masa Depan Islam.


Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Umat Islam akan memasuki bulan Rejab.   Rejab yang bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya adalah bulan yang sangat mulia. Pada bulan ini mengandungi peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa daripada tangan tentera Salib dan  bulan inilah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW. Maka tidak salah saya mengatakan Rejab sebagai bulan spiritual untuk mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa dan lain lagi.


Namun kalau kita teliti peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan ini sebenarnya banyak memberi perbezaaan tentang  masa lalu dan masa depan manusia. Contoh didalam peristiwa Perang Tabuk yang berlaku pada tahun 9 hijrah. Apabila berangkatnya tentera mukmin dengan penuh keberanian  menentang musuh, walaupun perang itu tidak berlaku tetapi kemenangan tetap disisi Islam. Dalam contoh peristiwa yang lain pula di dalam bulan Rejab ialah pembebasan Masjidil Aqsa pada tahun 1187  masihi oleh Salahuddin Al Ayyubi bersama tenteranya. Umat Islam ketika itu dapat disatukan Salahuddin dari Lembah Nil hingga Lembah Furat menentang tentara bersalib sehingga Eropah cukup takut dan hormat ke Pemimpin dan umat Islam. Kenapa agaknya? Kerana takdir Allah kita menang ? ya kalau kita kata ianya takdir tetapi kita wajib melihat asbabnya. Jawapan kerana berbezanya Kefahaman, Semangat dan Wala’ orang mukmin ketika itu yang mana mereka berjihad lebih kepada   حال   (perbuatan) sedikit  kepada لسان (kata-kata). Jadi apakah perkara yang boleh kita banggakan hari ini Islam dulu ke atau Islam  sekarang ? maka sama-samalah kita muhasabah diri walaupon sehebat mana ilmu mahupun kedudukan kita di dalam organisasi atau di dalam masyarakat pada hari ini.



Contoh yang terakhir yang hendak saya sampaikan ialah melalui apa yang dilihat Rasulullah SAW di dalam peristiwa Israk Mikraj tentang masa depan umat manusia dan Islam setelah semua tiada. Sebahagian yang dilihat Rasulullah berada di Neraka dan selainnya Syurga. Maka dimana kita ketika itu ? Syurga atau Neraka ? Kalau kita merasa kita ini ahli Syurga maka apakah amalan yang kita lakukan sehingga melayakkan kita ke syurga, adakah hanya sekadar kita beribadat untuk kebaikkan diri tanpa memikirkan sesuatu membantu sahabat, keluarga , jemaah dan masyarakat?. Dan sekiranya kita merasa Neraka tidak layak untuk kita,adakah kita ini betul-betul mentaati Allah dan RasulNya dengan melaksanakan segala perintah Allah serta perjuangan Rasulullah. Maka hakikat kita hari sebenarnya kembali menuju Allah tetapi dengan 2 cara samada  cara itu diredhai Allah ataupun sebaliknya. Dan yang pastinya wajib kita kembali dengan jalan yang diberi Allah Ta’ala iaitu :

قال امام عبدالله بن علوي الحداد
وبعد فإنا والحمد لله,  قد رضينا بالله ربا, وبالاسلام دينا, وبمحمد نبيا ورسولا, وبالقرآن إماما, وبالكعبة قبلة, وبالمؤمنين إخوانا, وتبرأنا من كل دين يخالف,دين الاسلام,وأمنا بكل كتاب انزله الله, وبكل رسول ارسله الله, و بملائكة الله وبالقدر خيره وشره,  وباليوم الآخر, وبكل ما جآء به محمد رسول الله(ص) عن الله, على ذلك نحيا و عليه نموت وعليه نبعث,ان شآء  من الامنين, الذين لا خوف ولا هم يحزنون,بفضلك اللهم يا رب العالمين

Maksud matan :
Dan kemudian maka sesumgguhnya kami dan segala puji bagi Allah, sesungguhnya kami redha dengan Allah dan dengan Agama Islam dan dengan Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul.Dan kitab Al-Qur;an sebagai imam dan dengan ka’bah sebagai kiblat dan dengan orang-orang yang beriman sebagai saudara dan kami berlepas dari setiap agama yang menyalahi Agama Islam,dan beriman kami dengan setiap kitab yang diturunkan Allah dan dengan setiap Rasul dan dengan sekalian Malaikat Allah dan dengan Qadar baik dan buruknya dan hari Kiamat dan dengansetiap apa yang datang dari Nabi Muhammad daripada Allah.Dan demikian ke atasnya kami hidup dan ke atasnya kami mati dan ke atasnya kami dibangkikan.Insya-Allah daripada orang-orang yang aman sentosa yang mana tiada ketakutan ke atas mereka dan tidak mereka itu bersedih.Dengan nikmatAllah Tuhan sekalian alam.

والله أعلم


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...