Memahami Feqh Dakwah " rukun ke 4 Cara dan teknik dakwah "


4. Cara dan teknik untuk berdakwah ( uslub ad-dakwah )

Uslub ad-dakwah lebih dikenali dengan kaedah penyampaian dakwah yang berhubung dengan cara penyampaian Islam dan menghilangkan halangan-halangan penyampaian.

Metodologi dakwah bermaksud kajian mengenai cara atau kaedah penyampaian Islam kepada orang atau sasaran yang di dakwah itu, seperti :-

1. Meneliti sasaran dakwah
  • Rasulullah SAW berdakwah kepada semua golongan dan peringkat masyarakat. Rasulullah SAW menggunakan pelbagai cara yang sesuai dengan keadaaan sasaran. Hal ini penting kerana setiap kelompok mempunyai masalah dan keperluan yang tersendiri.

2. Berhujah secara rasional dan ilmiah ( penyelasan yang nyata dan jelas )
  • Mesej yang hendak di sampaikan kepada sasaran hendaklah jelas, sehingga tidak membawa kepada kurang jelas dan salah paham.
  • Rasulullah SAW menyampaikan Islam dan menegakkan kebenaran Islam berdasarkan Ilmu dan rasional, bukannya  dengan perasaan dan emosi.
3. Menggunakan bahasa yang baik dan cara yang menarik
  • Baginda SAW di bekalkan oleh Allah SWT kemampuan menggunakan bahasa yang betul dan indah. Ini penting dalam menghadapi masyarakat arab yang ketika itu memuja keindahan bahasa, dan ternyata bahasa Al-Quran yang di turunkan kepada Baginda SAW sebagai asas untuk dakwah, lebih tinggi dan lebih indah daripada apa yang pernah mereka dengar dalam penggunnan masyarakat.
4. Berdakwah dengan perkataan dan tulisan
  • Nabi SAW menjalankan dakwah bukan sekadar berucap dan bercakap tetapi lebih daripada itu.
  • Banyak surat-surat Baginda SAW yang di hantar kepada pemimpin-pemimpin lain dan menyeru kepada agama Islam.
  • Walaupun Nabi SAW tak tahu menulis tetapi keranan kepentingan media tulis ini di dalam perhubungan manusia maka di latihnya daripada kalangan para sahabat untuk menjalankan tugas ini.
5. Berdakwah dengan amalan dan perlaksanaan.
  • Idea Islam yang di sampaikan oleh Nabi SAW bukan sebagai bahan untuk melatih mental, tetapi pengajaran yang perlu diamalkan dan dihayati dalam kehidupan seharian.
  • Kehidupan Nabi SAW mencerminkan idea Islam itu sama ada dalam kehidupan insividu , keluarga berjiran dan bermasyarakat.
  • Saidatina Aishah r.a menjelaskan kesempurnaan Baginda SAW ialah Al-Quran.
  • Al-Quran menegaskan kesempurnaan bagi peribadi Baginda SAW adalah mode.
  • Amal merupakan buah ilmu dan hasil dari amalan yang melahirkan kebahagiaan jiwa dan juga memberi ketenangan dalam masyarakat.
 6. Berdakwah secara kelompok dan berorganisasi
  • Menjalankan dakwah memerlukan tenaga yang besar untuk keberkesanannya.
  • Sebab itu semenjak awal-awal lagi Rasulullah telah menwujudkan kelompok untuk menjalankan kegiatan dakwah.
  • Golongan yang dibina oleh Baginda diikat dengan kesatuan akidah, kefahaman juang, dan matlamat yang dikenalai sebagai sahabat.
7. Berperingkat-peringkat
  • Dakwah membawa pengajaran kepada sasaran secara peringkat-peringkat.
  • Tujuan supaya tidak berat kepada sasaran menerima dakwah kita.
  • Seperti kewajipan yang di kenakan ke atas orang Islam yang mana tidak dibawa dalam bentuk sekali gus kerana kewajipan itu diturankan oleh Allah satu persatu seperti pengharaman arak secara peringkat.
8. Mudah.
  • Agama Islam yang disampaikan kepada sasaran dengan cara yang mudah kerana Islam itu sendiri mudah iaitu selaras dengan fitrah manusia.
9.  Menerangkan sebab di sebalik sesuatu suruhan dan larangan.
  • Suruhan dan larangan selalunya diselitkan dengan sebab-sebab mengapa dikenekan demikian seperti sembahyang yang mempunyai tujuan tertentu. " Dan dirikanlah sembahyang , sesungguhnya sembahyang itu mencegah pekara keji dan mungkar." 
10. Menggunkan ketegasan dan kekerasan apabila perlu di dalam dakwah.
  • Di dalam dakwah tidak semestinya berlembut kerana dakwah mungkin juga menyentuh kepentingan seseorang atau segolongan yang terasa di gugat.
  • Islam mengharuskan pengunaan ketegasan untuk meneruskan pegerakkan Islam , tetapi harus bijak dalam mengukur kehebatan kita dan kekuatan musuh supaya tidak terjerbak dalam bahaya sebelum menghadapinya.
  • Menggunakan kekerasan dalam menjalankan dakwah bukannya menceroboh, tetapi menyampaikan kebenaran kepada manusia yang berhak mendengar dan menerima. " Jangan kamu berdebat dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang paling baik kecuali dengan orang yang zalim di antara mereka " ( Surah Al-Ankabut ; 46 )

Antara ciri-ciri uslub ad-dakwah.

"Serulah ( manusia ) ke jalan ( agama ) Tuhan kamu dengan hikmah kebijaksanaan ( al-hikmah ) dan nasihat yang baik ( al-mawi'zah  al-hasanah ) dan berbahaslah ( al- mujadalah ) dengan mereka dengan cara yang baik " ( Surah al-Nahl ; 125 )


Melalui Surah ini , terdapat tiga uslub dakwah yang utama bagi tujuan mengajak khalayak manusia agar menerima Islam iaitu dengan cara al-hikmah  , al-mawi'zah al- hasanah dan secara al-mujadalah.

Al-hikmah merujuk kepada keadilan , berilmu , lemah-lembut sifat kenabian dan al-Quran. Keadilan akan menegah seseorang melakukan kezaliman. Lemah-lembut pula menegah daripada kemarahan dan berilmu mencegah daripada kejahilan seseorang itu.

Sifat keNabian pula mencegah kaum manusia menyembah selain daripada Allah dan melakukan perkara mungkar. Sidat kenabian juga perlulah bersifat benar , amanah , bijak dan menyampaikan ( tabligh ).

Al-Quran dijadikan sebagai dalil yang kuat dan tepat untuk menerangkan kebenaran dan menghilangkan segala keraguan dalam agama Islam.

Al-Hikmah juga merujuk kepada cara terbaik dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya , menepati kebenaran dan aspek ilmu , amal, teliti , halus, betul dan juga kebenaran.

Sumber : Risalah Dakwah PMRAM oktober2010.
Photo : Aiman Tashkil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...