Memahami Feqh Dakwah " rukun ke 3 manhaj dakwah "


3. Manhaj Ad-Dakwah ( Mau du' / Topik atau tajuk yang di dakwahkan kepada orang yang di dakwah. )

Yang dimaksudkan dengan topik dakwah adalah apa yang akan disampaikan oleh pendakwah ( daie' ). Topik dakwah ialah agama Islam dan asas-asas dakwah contohnya akidah, syariah, dan akhlak. Setiap pendakwah ( daie' ) berusaha mengajak umat manusia kepada kebenaran , dan kebenaran pula ialah segala yang datang daripada Allah.

" Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu , sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang yang rugi " ( Surah Al-Baqarah ; 147 )

Ciri-ciri topik / tajuk ( mau du' ) dakwah ;-
  • kebenaran : " Hai orang yang beriman , bertakwalah kami kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar " ( Surah al-Ahzab ; 70 )
  • Mencakupi seluruh agama Islam.
  • Memantapkan akidah, melaksaanakan tanggungjawab syariah dan menghayati akhlak yang baik.
  • Mencapai matlamat utama membina kesempurnaan hubungan antara manusia dengan Penciptanya.
  • Mengetahui dan mendalami sumber Islam seperti Al-Quran , As-Sunnah dan lain-lain.
  • Menjauhi dari sebarang unsur penyelewengan.
  • Berfikir secara Islam : aspek , persoalan , kaedah , akhlak dan keinsafan sebagai khalifah.
  • Menyeru manusia kepada kebaikan dan menghindarkan dari segala fitnah.
  • Meneroka ilmu-ilmu yang lain seperti kebudayaan, sejarah, masyarakat , bangsa / etnik , kaunseling, psikologi, geografi, kepimpinan , komunikasi dan lain-lain..

" Dan bahawasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan(nya)? kecuali ( penyair-penyair ) beriman dan beramal soleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali " ( Surah  Al-Syu'ara ; 266-277 )

Berdasarkan Surah ini , pendekatan dan tumpuan dalam proses komunikasi dakwah ialah isi kandungan atau mesej dakwah atau juga di sebut topik / tajuk dakwah itu .

Atara kandungan dan mesej dakwah untuk mengajak , memeujuk , membimbing manusia , mengenal, mengamal, menghayati dan mencintai Islam yang syumul melalui :
  1. Pengenalan asas-asas Islam
  2. Kesepaduan fardu ain dan fardu kifayah
  3. keistimewaan agama Islam
  4. Sistem agama Islam.
  5. Isu global dan semasa
Jadi pedakwah ( daie' ) tidak boleh menyimpang dari prinsip-prinsip ini. Oleh kerana itu , pendakwah mestilah amanah dalam penyampaiannya. Dia tidak boleh menambaj hal-hal baru yang bercanggah dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya kerana Baginda SAW tidak di wafatkan oleh Allah melainkan setelah sempurna agama Islam yang di bawanya.


Sambung Rukun yang ke 4 >>>> Cara dan teknik berdakwah ( Uslub al-Dakwah )


Sumber : Risalah Dakwah PMRAM oktober2010.
Photo : TanahMelayu Ket ( Photografi )

4 ulasan:

  1. kadang2 takut nak sampaikan sesuatu tentang hal2 agama ni,

    BalasPadam
  2. Jika Akak ada Ilmu,, InsyaAllah semua ok..
    Was-was nie datang dari saitan.. berdoalah agar dijauhkan..

    BalasPadam
  3. Da'ei pulak mesti 'kenal' dgn mad'u supaya proses dakwah lebih berkesan. kan?


    Entri Terkini : Apo bondo ni jang?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...