Syurga dan Neraka

( gambaran sahaja )

Syurga dan neraka
Itulah tempat kembali
Bagi mereka yang taat atau yang ingkar
Dengan perintah Allah Rabbul Al Jalil


Syurga
Tempat kembali bagi sesiapa yang taat sabar dan tawadhu'
Sabar dengan ujian Allah yang Maha Mengetahui
Akan segala yang dilalui hamba Nya
Beruntunglah bagi sesiapa yang mendapat redha Tuhannya
Maha pencipta sekelian alam

Neraka
Itulah tempat yang dijanjikan dengan seksaan
Tempat yang penuh azab sengsara
Bagi mereka yang ingkar dan melanggar larangan Allah
Yang melakukan oleh hamba-hamba Nya

Cuba kita fikir sejenak
Cuba kita renung kembali
Segala dosa-dosa yang telah kita lakukan
Bandingkanlah dengan kebajikan yang telah kita kerjakan
Agar kita menjadi manusia yang mahu berfikir
Diatas kekuasaan Tuhannya.


Rujukan >>Majalah Suara Permata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...