SYEIKH MUTAWALLI SYA'RAWI


Kealimannya Dikagumi, Permergiannya Ditangisi.

Saat kelahiran

Syeikh Mutawalli Sya'rawi telah dilahirkan pada 15 April 1911/12 Rabi'ul 1328 H di Daqadus, daerah Mit Ghamir, Negeri Daqahliyah, Mesir. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Bin Mutawalli sya'rawi Husaini yang kuturunannya sampai kepada Husain Bin Ali r.a. Beliau dibesarkan di dalam keluarga petani, namun kedua orang tuanya merupakan orang yang soleh dan mulia.



Semasa Kecil dan Pendidikannya

Syeikh Mutawalli telah tamat menghafaz Al-Quran sejak berusia 11 tahun lagi. Kemudian beliau masuki Sekolah Rendah Zaqaziq, seterusnya memasuki peringkah menengah. Beliau sangat terkenal dengan sikapnya yang sukakan Kesusasteraan Arab sehingga rakan-rakannya melantik beliau menjadi Ketua Pelajar dan Ketua Persatuan Kesusasteraan di Zaqaziq.

Dipenjara

Beliau juga dikenali sebagai al-amin ( yang amanah ) dan pernah dipenjarakan selama sebulan ketika beliau belajar di Ma'ahad Zaqaziq kerana pernah mengadakan majlis memperingati Sa'ad Zaghlul, seorang ulama' Al-Azhar yang ketika itu berjuang menentang kerajaan.

Masa Untuk Berubah

Pada peringkat awal , bapanya berhasrat untuk meminta beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Kaherah . Namun beliau tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran ke sana dan akhirnya mencari pelbagai helah untuk tidak ke sana.

Antara helah yang cuba dilakukan oleh beliau ialah memasukkan habuk ke dalam mataanya agar menjadi rabun, namun helah ini gagal. Helah kedua adalah berpura-pura gagap membaca Al-Quran. Namun usaha ini tetap gagal kerana pensyarah tetap menerimanya sebagai pelajar. Manakala helah ketiga ialah meminta daripada ayahnya membelikan kitab-kitab yang mahal dengan mengatakan kitab tersebut menjadi rujukkan silibus kolej. Usaha ini tetap juga gagal kerana Ayahnya tetap membelikan kitab-kitab tersebut.

Pada suatu hari, ayahnya berkata " Wahai Al-Amin janganlah menyangka aku tidak tahu bahawa kitab-kitab tersebut bukanlah silibus untuk kamu. Harga buku silibus untuk kamu tidak sampai 37 QURUS. Tetapi wahai anakku, semoga Allah memanfaatkan kamu dengan buku-buku ini."

Ungkapan dan nasihat ini telah memberikan satu suntikan semangat buat beliau untuk mendalami ilmu agama. Akhirnya beliau memasuki Kolej Agama Zaqaziq dan mendapat sijil agama. Kemudian beliau memasuki Kuliah Bahasa Arab dan aktif disalam persatuan pelajar di Universiti Al-Azhar. Setelah tamat, beliau menyambung pengajian di peringkat M.A ( Master ) di dalam penghususan Bahasan Arab. Apabila tamat graduan , beliau bertugas sebagai guru agama di Kolej Tanta. Kemudian berpindah ke Kolej Zaqaziq dan seterusnya ke Kolej Iskandariah. Pada tahun 1950, beliau menjadi guru agama di Arab Saudi , kemudian menjadi pensyarah syari'ah di Universiti Ummul Qura', Mekah.

Apabila berlaku krisis antara Presiden Mesir dengan Raja Saud, maka beliau dihantar pulang ke Mesir sehinggalah dilantik menjadi Pengarah Kementerian Waqaf Negeri Gharbiah. Kemudian menjadi wakil Bahagian Dakwah dan Pemikiran seterusnya menjadi wakil Al-Azhar. Selepas itu beliau berhijrah ke Arab Saudi untuk mengajar di Universiti Raja Abdul Aziz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...