Syeikh Ahmad Al-badawi R.A ( 675H)

maqam Beliau


Beliau dilahirkan di Bandar Fes Maghribi pada 586 H. Nenek moyang beliau berasal dari Mekah Al-Mukarammah. Mereka berhijrah ke Maghribi pada zaman al-Hajjaj ketika banyak pembunuhan ahli Bait ( keturunan Baginda S.A.W ) . Ayah beliau meninggal dunia di Mekah pada tahun 627H. Sidi Ahmad Badawi adalah yang paling berani ketika kecilnya. Gelaran al-Badawi kerana beliau ketika kecil sentiasa menutup mukanya dengan kain. Beliau menghafal al-Quran dan di ajarkan ilmu dalam Mazhab Syafie.




Pada Bulan Syawal tahun 633H, beliau telah bermimpi seseorang berkata dalam mimpinya sebanyak 3 kali :" bangunlah dan pergilah ke arah matahari terbenam, maka setelah sampai ke matahari terbenam , engkau berjalanlah ke suatu tempat yang bernama Tanta. Sesungguhnya maqam engkau di situ wahai pemuda".


Apabila telah sampai ke Tanta beliau bertemu dengan Syeikh Ibnu Syuhaith. Beliau menaiki bumbung rumah syeikh itu. Sepanjang hari beliau memandang ke langit selama 40 hari tanpa makan dan minum sehinggakan matanya bengkak dan mata hitamnya seperi bara api. Abdul Ali adalah budak kecil yang membantunya ketika itu dengan menghulurkan sebiji telur kepadanya.


Qutub yang agung ini amat msyhur dengan sifatnya tawadu' , thiqah, zuhud keduniaan dan sifat-saifat mahmudah. Keturunan Sidi Ahmad Al-Badawi bin Ali bin Ibrahim bin Mohamad bin Abu Bakar dan bersambung dengan Zainal Abidin bin Imam Hussin R.A yakni cucu Baginda Rasulullah S.A.W . Allah Taala menyayangi beliau dengan memindahkannya ke alam baqa' pada umurnya 89 tahun iaitu 22 Rabi'u Awal tahun 675 H dan telah meninggal dunia di Mesir dan jenazah beliau telah di kebumikan di Masjid Badawi :
  1. Syeikh Abdul Ali ( maqam di sebelh kiri pintu utama . )
  2. Syeikh Sidi Mohamad Hijab ( 9 syabban 1398 H )
  3. Syeikh Sidi Nuruddin Siundi Abd Rahman ( 1315 H )
  4. Syeikh Sidi Mujahid ( maqam di sebelah kanan pintu utama )





Ini kesah Beliau part 1 di dalam youtube. Boleh tengok part seterusnya di youtube..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...