Cucur Ikan Bilis


Bahan-bahan

250 gm tepung gandum
1 biji telur
2 sudu makan udang kering goreng
1 biji bawang besar yang sudah di hiris
1 biji cili merah yang sudah di hiris
4 batang daun bawang yang sudah di hiris
1 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
minyak untuk di goreng
air secukupnya



cara memasak
  1. campur tepung dengan telur pukul sebati
  2. masukkan sedikit air dan pukul sebati.Ketepikan.
  3. tumbuk ikan bilis goreng dan udang kering goreng.
  4. masukkan bahan tumbuk dalam adunan tepung bersama sedikit gula dan garam secukupnya.Gaul sebati.
  5. kemudian masukkan bawang, daun bawang dan cili merah. Gaul sebati.
  6. panaskan minyak. Goreng sehinnga kekuningan dan hidangkan bersama sos cili atau tomato.

Makan ketika masih panas lagi sedap dan selamat mencuba.. heheh... yummuy....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...