ASEAN anjurkan Piala FIFA 2030.


Wakil dari Malaysia Datuk Anifah Aman sedang mengambil pengesahan untuk menjadikan rantau ASEAN sebagai tuan rumah Piala Dunia 2030. Malaysia pencetus idea menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2030 pada mesyuarat tahunan Menteri Luar di Hanoi, Julai tahun lalu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merestui cadangan itu.



Pada mesyuarat Menteri Kewangan Asean di Kuala Lumpur baru-baru ini, Menteri Kewangan Thailand, Korn Chatikavanij turut membangkitkan cadangan sama yang mendapat sambutan baik di kalangan rakan sejawat.Menteri Luar Singapura, George Yeo pula mencadangkan Malaysia memainkan peranan utama dengan sekretariat Asean di Jakarta bagi menyediakan cadangan lebih terperinci untuk mendapatkan kelulusan semua pemimpin Asean.

Walaupun keputusan untuk final 2030 tidak akan dilakukan oleh FIFA selama lebih dari satu dekad, negara-negara ASEAN adalah pihak kedua untuk menunjukkan perhatian, menyusul pengumuman tahun lalu bahawa Argentina dan Uruguay juga boleh mempertimbangkan tawaran bersama untuk merayakan seratus tahun Pementasan perdana Piala Dunia di Uruguay.




Rujukkan>>
http://www.hmetro.com.my/articles/ReaksipositifideaAnifah/Article
http://www.aseanfootball.org/?p=3965
http://malaysia.news.yahoo.com/rtrs/20110117/tsp-ouksp-uk-soccer-world-bid-e7f0a65.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...