Fasik...

Pengertian Fasik:



Fasik ialah orang yang keluar dari garisan panduan Islam. Mengikut syarat fasik ialah orang yang tidak mentaati Allah dan mengerjekan dosa-dosa besar atay mengerjakan dosa-dosa kecil secara berterusan.


Fasik boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:

1. Peringkat Pertama: Melakukan dosa besar secara sekali sekala sahaja. Selepas dia melakukan perbuatan tersebut , dia merasa bersalah dan tersanagat menyersal terhadap perbuatannya itu.
2. Peringkat Kedua: Melalukan maksiat atau dosa besar dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati.
3. Peringkat Ketiga: Melakukan maksiat atau dosa besar di dalam keadaan berterusan , di samping itu dia menganggap betapa buruknya dosa besar yang dilakuakannya itu. Peringkat ini adalah sebahagian daripada peringkat kekufuran.




Hukum-Hukum Yang Berhubung Dengan Orang Fasik


Imam Syafi'e mengharuskan orang fasik itu menjadi imam. Pendapat ini di utarakan disebabkan bahawa pemimpin-pemimpin zaman beliau ramai yang fasik. Sungguhpun demikian, mereka selalu bersolat dengan rakyat jelata dan selalu menjadi imam pula. Tidak ada di kalangan rakyat berani meninggalkan solat di kalangan mereka iaitu mengimamkan mereka itu. Rakyat juga tidak mampu melucutkan mereka daripada jawatan-jawatan mereka. Oleh kerana itu, mereka bersolat berimamkan pemimpin yang fasik itu. Keadaan ini telah menjadi adat pada zaman dahulu, jika seseorang dilantik menjadi seorang ketua atau raja, maka dialah yang akan menjadi imam solat apabila dia pergi ke suatu tempat sebagai lawatan atau sebagainya.


Arahan Pemimpin Yang Fasik


Jika orang fasik menjadi pemimpin , ketua negara atau sebagainya, maka segala arahannya yang tidak bercaggah dengan syariat Allah hendaklah dilaksanakan dan apabila berlaku percaggahan dengan syariat Allah, maka tidaklah harus patuhi malah mesti ditolak.


Hukum Orang Yang Fasik Menjadi Wali


Imam Syafi'e berpendapat bahawa orang yang fasik tidak sah menjadi wali nikah. Manakala Imam Abu Hanafi dan Imam Maliki berpendapat bahawa orang yang fasik boleh ( HARUS ) menjadi wali nikah kerana dia layak menjadi wali kepada hartanya, juteru itu dia lebih layak menjadi wali kepada perkahwinan


Allah Ta'ala menjadikan perasaan kamu itu kasih kepada iman sehinggakan kamu tidak membohongi Rasullullah SAW. Allah Ta'ala meletakkan di dalam hati-hati kamu iman sebagai suatu perhiasan. Ini adalah taufik dan pertunjuk daripada Allah Ta'ala. Kalau tubuh badan kita ada perhiasan yang zahir, maka perhiasan di dalam hati kita adalah iman dan perhiasan itu adalah kurniaan daripada Allah Ta'ala.


Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud:

"Allah Ta'ala menjadikan kebencian dalam diri kamu terhadap kekufuran, kefasikan dan penderhakaan" (Al-Hujuraat: 7)


Allah Ta'ala menjadikan dalam hati orang-orang yang beriman itu benci kepada kufur dan benci maksiat dan benci kepada fasik. Ini adalah suatu sifat yang Allah Ta'ala jadikan di dalam hati-hati orang yang beriman. Hasil daripada pemberian Allah Ta'ala ini menyebabkan apabila seseorang melihat perkara kufur, maka dia akan benci dan marah. Kalau sekiranya di melihat perkara-perkara tersebut dan dia terasa melakukannya, maka sudah tentu dirinya mempunyai hati yang kotor dan keji. Tetapi Allah Ta'ala menjadikan daam hati-hati kite benci melihat kepada perkara-perkara kufur, maksiat dan sebagainya. Semuanya ini adalah kurniaan daripada Allah Ta'ala......




pengkongsian sahaja.. minta maaf jika kekurangan...

semoga ini menjadi satu tarbiah kearah yang lagi baik...


Rujukan sepenuhnya buku tafsir Surah Hujuraat yang dikarang oleh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...