Ramadhan di Bumi Anbiya'


Bulan ramadhan adalah bulan bagi umat Islam berpuasa sebagaimana umat yang terdahulu. Dalam bulan ini banyak fadilat dan kelebihan yang Allah berikan kepada orang islam. Diantaranya ialah lailatul qadar seperti mana yang di firmankan oleh Allah di dalam Al-Quran dan banyak lagi kelebihan dan fadilah yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Bulan yang mulia ini juga Nabi menganjurkan umatnya membaca Al-Quran, solat pada malam hari ( qiamulai ) sebagaimana hadis Nabi:
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

, bersahur seperti mana hadis Nabi:
Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”
(Muslim)

dan pelbagai lagi... entah mengapa kita sebagai umat islam sering kali mengabaikan apa yang telah di beri oleh Islam. amat rugilah jika tidak mengunakan apa saja yang di anjurkan oleh Islam untuk masa akan datang ( Hari Akhirat ).

Perbuatan kita seharian dibulan Ramadhan amat dititik berat. Sebagai contoh dalam hadis Nabi:
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.”
(al-Bukhari)






Disini marilah kita bersama mengejar bulan Ramadhan dengan penuh keseronokkan beribadah kerana Allah yang telah memberi kemudahan kepada manusia serjagat. Dan jadikanlah bulan Ramadhan satu kehidupan yang baru dan harmoni serta meninta ampun dosa-dosa yang telah lalu.

Di bumi Mesir, sesetengah orang Arab Mesir suka membuat open house ketika hendak buka puasa. Bagi ana ini sejajar dengan hadis Nabi:
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.
(At-Tirmidzi)

Disini ( mesir ) terasa seronok berpuasa dan lebih dekat dengan Allah Taala berbanding suasana di Malaysia kerana persekitaran di Malaysia berbeda dengan Mesir. Orangnya baik suka mengajak kebaikkan. hehe... assalamualaikum....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...